Monday, April 11, 2011

Lencana SMK Sandakan II

Satelit : Seiring arus perkembangan ICT
Gunung : Visi dan Misi SMK Sandakan II

Buku : Gedung ilmu warga pendidik SMK Sandakan II yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu pengetahuan

Obor : Semangat warga pendidik yang membara dalam mengharungi arus pendidikan yang kian mencabar

Garisan V : 3M (membaca, menulis dan mengira)
2003 : SMK Sandakan II mula beroperasi

Garisan Heksagon ( 6 garisan) :
1. Kerjasama
2. Layanan Mesra
3. Sopan Santun
4. Setia
5. Menepati masa
6. Melahirkan pelajar yang berketrampilan

Garisan bulat : Persefahaman yang kental dalam melahirkan pelajar yang berpendidikan serta berakhlak mulia

INTEGRITI : Kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh

LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK SANDAKAN II

Pembinaan sekolah menengah kebangsaan sandakan II ini bermula pada 23 Oktober 2000.Sekolah ini terletak di keluasan seluas 7.185 hektar (17.76) di Batu 5, Jalan Sibuga Sandakan.Struktur bangun sekolah menampilkan reka bentuk futuristik meliputi 8 blok bangunan yang bersambung antara satu sama lain.
Secara keseluruhan struktur bangunan sekolah meliputi 1 blok bangunan pentadbiran ,3 blok bangunan bilik darjah ,2 blok bangunan makmal ,1 blok bengkel , sebuah surau dan kantin.
Sekolah beroperasi pada  6 januari 2003 dengan murid pertama sebanyak 150 orang dan 6 orang tenaga pengajar iaitu Pn. Jovita Malanjim, Pn. Saffariah Sapar, Pn. Wirdawati Sonteng, En. Ahmad Ladju, En. Adam Paturusi dan En.Adam Saipuddin, yang  diiketuai  oleh Cik Lim Li Li  sebagai pengetua sekolah.
Pada 6 Oktober 2003, Tuan haji Sharif Mahada bin Sharif Attar telah berkhidmat sebagai pengetua menggantikan  Cik Lim Li Li yang telah berpindah ke SMK ST Cecilia.
Pada akhir tahun ,seramai 9 orang guru telah bertambah dan ini manjadikan tenaga pengajar berjumlah 15.Antara guru-guru yang mula berkhidmat pada akhir tahun ialah En.Munir, En.Yushaury Mat. Yazid ,En. Mohd Jali Salleh ,En. Bhaif Bar, En. Sivalinggam, Cik Khor Shiau Yen, En. Ghani Kahar , Ust. Akaria Abdul Rahman.

MISI

Melaksanakan program “Beyond Excellence” melalui aktiviti-aktiviti pengisian yang berkesan di peringkat sekolah.
Mendedahkan guru-guru dan KTBM dengan latihan-latihan kerja yang diperlukan.
Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan operasi sekolah
Membentuk sahsiah pelajar yang baik dan berkemahiran belajar
Mengadakan program aktiviti pendidikan yang berkualiti sepanjang tahun
Mengadakan peluang bagi staf dan pelajar untuk mengembangkan potensi diri ke tahap yang lebih tinggi
Menyebarkan maklumat seluas-luasnya kepada semua pelanggandengan cara yang berkesan
Menubuhkan PIBG yang berfungsi secara berkesan.
Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang inovatif.
Melaksanakan pengurusan kewangan dengan mematuhi segala peraturan termasuk had-had,amaun perbelanjaan dan maksud peruntukan diberikan.

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan II
Akan menjadi sebuah sekolah yang
Gemilang dengan aset guru dan staf sokongan
Yang berketerampilan,seterusnya melahirkan
Pelajar-pelajar yang cemerlang
Dalam tempoh lima tahun

MOTO SEKOLAH


SEKOLAH GEMILANG,
GURU BERKETERAMPILAN, PELAJAR CEMERLANG