Pembinaan sekolah menengah kebangsaan sandakan II ini bermula pada 23 Oktober 2000.Sekolah ini terletak di keluasan seluas 7.185 hektar (17.76) di Batu 5, Jalan Sibuga Sandakan.Struktur bangun sekolah menampilkan reka bentuk futuristik meliputi 8 blok bangunan yang bersambung antara satu sama lain.
Secara keseluruhan struktur bangunan sekolah meliputi 1 blok bangunan pentadbiran ,3 blok bangunan bilik darjah ,2 blok bangunan makmal ,1 blok bengkel , sebuah surau dan kantin.
Sekolah beroperasi pada 6 januari 2003 dengan murid pertama sebanyak 150 orang dan 6 orang tenaga pengajar iaitu Pn. Jovita Malanjim, Pn. Saffariah Sapar, Pn. Wirdawati Sonteng, En. Ahmad Ladju, En. Adam Paturusi dan En.Adam Saipuddin, yang diiketuai oleh Cik Lim Li Li sebagai pengetua sekolah.
Pada 6 Oktober 2003, Tuan haji Sharif Mahada bin Sharif Attar telah berkhidmat sebagai pengetua menggantikan Cik Lim Li Li yang telah berpindah ke SMK ST Cecilia.
Pada akhir tahun ,seramai 9 orang guru telah bertambah dan ini manjadikan tenaga pengajar berjumlah 15.Antara guru-guru yang mula berkhidmat pada akhir tahun ialah En.Munir, En.Yushaury Mat. Yazid ,En. Mohd Jali Salleh ,En. Bhaif Bar, En. Sivalinggam, Cik Khor Shiau Yen, En. Ghani Kahar , Ust. Akaria Abdul Rahman.
No comments:
Post a Comment